10 MAGIS CINTA




-Cinta mampu mengubah hidup seseorang dengan sekelip mata, antaranya mampu membuatkan seseorang yang kaya menjadi miskin dan yang makin menjadi kaya.

-Hanya dengan cinta seseorang yang tidak pernah senyum , pemarah dan panas baran boleh mengukir senyuman setiap saat.

-Cinta boleh menjadikan satu saat itu begitu membahagiakan tetapi cinta juga sebenarnya boleh menjadikan satu saat itu begitu menyakitkan.

-Apabila berbicara soal cinta tiada siapa pun yang mampu untuk menjelaskan bagaimana rasanya sebuah cinta.

-Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangan. Kekasih terbaik adalah sahabat terhebat.

-Kuatnya cinta ada kalanya boleh meruntuhkan gunung yang gah , bukit yang tinggi dan laut yang luas.

-Saat mencintai seseorang , jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu sama seperti kamu mencintainya . ini kerana salah seorang di antara kamu pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang.

-Cinta bukanlah sekadar perasaan sayang-menyayangi semata-mata tetapi apa yang lebih penting , harus juga ada keikhlasan kerana perasaan sayang-menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu sahaja.

-Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan. Ini kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang , tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam .

-Bila tiba saat kamu mencintai seseorang , kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan . Bukan namanya cinta andai ia hanya membahagiakan .