
Ha! Ini ada satu petua mencerahkan muka yang sangat berkesan yang telah lala amalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Petuanya mudah sahaja, murah dan yang paling penting, korg akan dapat melihat hasilnya in an instant!
Caranya :
1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis (kat rumah lala hanya ada limau kasturi, jadi lala guna limau kasturi ajer)

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.
Bagi lala, resipi ini cukup berkesan. lala sendiri telah mencubanya dan mendapati kulit wajah lala lebih cerah dan berseri sebaik sahaja campuran tadi ditanggalkan. Cubalah sendiri eh..